Sabah International Food Expo SIFEx2025 yang berlangsung dari 25 – 27 April 2025 di Sabah International Convention Centre SICC Kota Kinabalu Sabah Malaysia telah berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung dan menyatukan lebih daripada 350 jenama dari dalam dan luar negara . Acara tahunan ini semakin dikenali sebagai salah satu pameran makanan terbesar di Malaysia dan menjadi platform penting untuk memperkenalkan produk makanan dan minuman lokal ke peringkat Antarabangsa.
SIFEX2025 telah di anugerahkan sebagai Exhibition Brand Of The Year East Malaysia oleh Asean Food & Travel Awards AFTA
Sepanjang tiga hari acara ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik , termasuk pameran produk makanan dan minuman dari 300 booth , peluang untuk mencuba makanan percuma serta hadiah menarik yang di berikan kepada pengunjung terawal. Selain itu , SIFEX2025 turut menyediakan peluang untuk pemain industri memperkenalkan produk dan membina kerjasama perniagaan serta memperluaskan pasaran .
SIFEX2025 turut menyaksikan penyertaan dari pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa , agensi kerajaan , kementerian dan kerajaan2 Negeri seperti Johor , Pulau Pinang , Sarawak dan Kedah yang memperkenalkan produk mereka untuk di pasarkan kepada pengunjung dan rantau BIMP – EAGA . Acara ini bukan hanya menjadi medan untuk mempamerkan produk2 f & b tetapi juga kesempatan untuk berbincang mengenai perkembangan industri f & b , keperluan pasaran dan peluang pelaburan di Sabah Khasnya
SIFEX2025 telah di rasmikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah , Datuk Ginger Phoong Jin Zhe .
Pada hari terakhir acara ini , Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia telah hadir untuk merasmikan acara penutupan SIFEX2025 . Dalam ucapan nya , beliau menyatakan bahawa pameran ini bukan sahaja memberi peluang untuk mempromosikan produk f & b tempatan Sabah tetapi juga memperkenalkan potensi ekonomi sektor makanan dan minuman Sabah kepada dunia . Datuk Arthur Joseph Kurup berharap agar SIFEX2025 terus berkembang menjadi acara tahunan yang semakin mendapat perhatian di rantau Asia Tenggara
Dengan Kejayaan yang di capai pada edisi kali ini , SIFEX2025 berharap dapat terus berkembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu acara f & b paling penting di rantau Asia Tenggara .Acara ini berakhir dengan penuh keceriaan dan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan di Sabah